Isnin, 25 Mei 2020

Jadikan tongkat khutbah bahan lawak, ini kata2 ‘pedas’ Menteri Agama buat mereka

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.
Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.
“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, solat ​​hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wab4k COVI1D-19.
Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.
Astro Gempak
19 jam yang lalu
Macam-macam hal ek pagi raya ni. Paling tak tahan Lightsaber tu!
Ye lah selalu khatib baca khutbah pegang tongkat, tapi bila PKPB ni rembat yang mana ada je lah kan? ðŸ˜‚
Janji khutbah raya tu sampai ye anak-anak! 
...See More
Image may contain: 1 person, standing and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: one or more people and people standing
+6
Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.
Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat. – BERNAMA

Ahad, 24 Mei 2020

Orang Ramai Ingkar PKPB, Bersantai Di Pantai Miami Terengganu


KUALA TERENGGANU: Hampir 200 orang yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengunjungi Pantai Miami, Seberang Takir di Kuala Nerus hari ini untuk bersantai diarah meninggalkan kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Mat Din, berkata orang ramai diingatkan tidak berada dalam kelompok yang ramai bagi mengelak penularan wabak COVID-19 selain masih terikat dengan PKPB.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada orang ramai yang degil dan sengaja mengingkari perintah terbabit.

"Setakat ini, polis masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran secara lisan, namun jika orang ramai terus berdegil serta ingkar, maka kita akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Kereta Peronda membabitkan 12 anggota akan sentiasa melakukan rondaan berkala di kawasan tumpuan awam seperti pantai dan taman rekreasi sepanjang perayaan Aidilfitri hingga tamat PKPB.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB, malah polis turut meronda kawasan taman perumahan dan kampung bagi memastikan arahan itu dipatuhi sepanjang Aidilfitri.

Tinjauan di Pantai Miami jam 5 petang tadi mendapati deretan lebih 100 kereta diletakkan di sepanjang laluan pantai berkenaan hingga ke Pantai Teluk Ketapang sejauh lebih dua kilometer

Malah, orang ramai merangkumi pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan bayi, berada di kawasan itu tanpa rasa bimbang terhadap ancaman wabak COVID-19.

Tinjauan juga mendapati orang ramai langsung tidak mematuhi SOP PKPB apabila sebilangan besar tidak memakai pelitup muka atau mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: BH Online

Ahad, 17 Mei 2020

Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis

Friday, 15 May 2020


Di Malaysia ini kita hidup dalam masyarakat majmuk, justeru kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan dan perucapan supaya tidak menyentuh sensitivi kaum dan agama.

Baru-baru ini, berlegar-legar di media sosial screen shot siaran langsung sidang media daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Hina menteri agama dan Islam


Keadaan menjadi ‘panas’ apabila terdapat segelintir netizen kebanyakkannya berbangsa Cina telah mengeluarkan komen berbaur hasutan dan hinaan terhadap menteri agama dan juga Islam.


Buat laporan polis individu hina Islam

Tidak mahu terus agama Islam menjadi bahan hinaan kaum lain, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, telah membuat laporan polis terhadap segelintir netizen tersebut.
Read more: Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis .



Tak sanggup agama dihina


Menurutnya di Facebook, dia tidak sanggup melihat menteri agama dan Islam dihina, justeru dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu terbabit.
Read more: Menteri agama & Islam dicaci hina, sekumpulan lelaki bertindak buat laporan polis.




Jangan sebarkan racist!

Tindakannya itu, mendapat sokongan ramai rata-rata netizen yang kebanyakkan beragama Islam yang juga turut terguris dengan hinaan terhadap agama.


Harap polis tangkap depa yang kurang ajar ni


Terima kasih buat report


Tiada keperluan untuk kita saling bertelingkah, ini bukanlah masanya. Sepatutnya kita perlu saling menghormati setiap agama yang diamalkan di Malaysia.

Sumber : Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin & Youtube
loading...